Facebook Kini Membolehkan Perkongsian Khusus Untuk “Top Fans” Sahaja

Facebook Kini Membolehkan Perkongsian Khusus Untuk “Top Fans” Sahaja

Diterbitkan pada Apr 29, 2019 oleh .

Facebook Pages sedia menyertakan sokongan “Top Fans”, dimana pengguna yang aktif berinteraksi di sesuatu halaman berkenaan akan menerima lencana “Top Fans” bersebelahan dengan nama mereka pada halaman berkenaan.

Kini, dalam menjadikan mereka lebih kerap berinteraksi, sesuatu Facebook Pages boleh melakukan perkongsian yang ditujukan khas untuk “Top Fans” berkenaan sahaja.

Dengan hal ini, ia sekaligus mungkin akan mempertingkatkan lagi aktiviti para pengikut sesuatu Facebook Pages, selain pemilik Pages berkenaan sendiri boleh berkongsi sesuatu perkara khusus untuk “Top Fans” mereka.



TIPS & ULASAN