CPU Edisi Ulangtahun Ke-50 AMD Ryzen 2700X Bakal Hadir Dengan Baju T Edisi Khas Dan Dua Permainan Percuma
AMD

CPU Edisi Ulangtahun Ke-50 AMD Ryzen 2700X Bakal Hadir Dengan Baju T Edisi Khas Dan Dua Permainan Percuma

Diterbitkan pada Apr 29, 2019 oleh .

Pada minggu lepas, kami ada melaporkan bahawa AMD bakal hadir dengan CPU AMD Ryzen 2700X edisi ulangtahun ke-50 dimana ia diberi rekaan kotak istimewa dan juga tandatangan CEO syarikat tersebut, Lisa Su pada bahagian CPU.

Walaupun kehadiran CPU tersebut sudahpun disahkan, nampaknya rekaan kotak dan tandatangan tersebut bukan satu-satunya kandungan tambahan yang akan hadir dengan CPU ulangtahun tersebut.

Ia dilaporkan bahawa CPU ulangtahun tersebut juga akan disekalikan dengan sehelai t-shirt AMD ulangtahun ke-50 terhad yang juga berwarna hitam dan emas seperti kotak CPU tersebut, lencana kerangka CPU AMD yang juga hadir dengan tandatangan CEO AMD, Lisa Su dan dua permainan komputer AAA terbaru, iaitu World War Z dan juga The Division 2.

Buat masa ini, tanda harga dan tarikh pelancaran CPU AMD Ryzen 2700X edisi ulangtahun ke-50 ini masih belum diumumkan lagi.


TIPS & ULASAN