OnePlus Kini Mempunyai Saluran Muzik Bollywood – OnePlus 7 Diperlihatkan Dalam Video Muzik Terkini

OnePlus Kini Mempunyai Saluran Muzik Bollywood – OnePlus 7 Diperlihatkan Dalam Video Muzik Terkini

Diterbitkan pada Apr 29, 2019 oleh .

Sebentar tadi, telah kami laporkan yang OnePlus 7 Pro telah ditabalkan dengan skrin terbaik oleh DisplayMate. Selepas banyak video acah, imej pengolokan dan informasi tertiris, peranti yang dikatakan OnePlus 7 sebenar telah muncul dalam video muzik rasmi seorang penyanyi India.

Dalam video ini, jelas sekali peranti yang dipegangnya tidak mempunyai bingkai di bahagian ‘dahi’ dan secara tidak langsung mengesahkan penggunaan sistem kamera swafoto boleh-naik pada peranti ini. Ini bermakna peranti dalam video tersebut adalah OnePlus 7 Pro. Bukan itu sahaja, rekaan skrin juga kelihatan seksi dan menarik. Namun, OnePlus mungkin sengaja mengacah kewujudan peranti ini. Ini kerana, kamera belakang adalah dwi-kamera dan jelas sekali itu adalah peranti OnePlus 6T. Atau mungkin OnePlusn7 dwi-kamera dan tri-kamera adalah pada OnePlus 7 Pro.

Gimik OnePlus ini pasti akan menjadikan perbualan orang ramai di media sosial. Bukan kerana OnePlus 7 sahaja. Video muzik ini dimulakan dengan logo ‘OnePlus Playback’. Adakah ini bermakna OnePlus kini mempunyai saluran muzik Bollywood tersendiri? Di forum rasmi, masih tiada jawapan lagi mengenai OnePlus Playback ini.


TIPS & ULASAN