Spotify Kini Mempunyai Lebih 100 Juta Pelanggan Berbayar

Spotify Kini Mempunyai Lebih 100 Juta Pelanggan Berbayar

Diterbitkan pada Apr 29, 2019 oleh .

Spotify hari ini telah berkongsi pengumuman penyata kewangan mereka untuk suku tahun yang lepas, dimana melaluinya, Spotify turut mengumumkan yang mana kini mereka mempunyai lebih 100 juta pelanggan Spotify Premium.

Spotify Premium merupakan pelan perkhidmatan penstriman muzik berbayar, dimana caj bulanan sebanyak RM14.90 dikenakan – dan pengguna boleh menikmati pelbagai muzik kegemaran mereka tanpa sebarang iklan.

Spotify mengatakan mereka berjaya mencapai angka ini hasil kerjasama dengan sejumlah pihak-pihak lain seluruh dunia, termasuk terbaru mereka menawarkan langganan Spotify Premium untuk pembeli peranti Galaxy S10.

Bagi anda sendiri, adakah anda menggunakan pelan Spotify Premium? Atau anda menggunakan perkhidmatan penstriman muzik yang lain?


TIPS & ULASAN