Cari @ Amanz

Samsung sedia hadir dengan sejumlah penawaran yang menarik, dan pada tahun ini mereka telah mengejutkan ramai pengguna seluruh dunia dengan penawaran telefon mercu, Galaxy S10. Hadir dalam tiga pilihan variasi — Samsung Galaxy S10e, Galaxy S10 dan Galaxy S10 Plus — ia menyertakan bukan sahaja rekaan peranti yang moden, tetapi juga penawaran pelbagai teknologi terbaru bersama-sama dengannya.

Samsung Galaxy S10

Seperti ramai sedia maklum, telefon pintar Samsung ini hadir dengan cip berkuasa Exynos 9820 menggunakan rekaan 10-nanometer, dilengkapi pilihan memori sehingga 12GB RAM, dan storan sehingga 1TB. Melalui penawaran ini, ia membolehkan pengguna melakukan pelbagai tugasan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Malah, peranti ini juga turut dioptimasikan untuk permua, membolehkan anda memainkan permainan seperti Fortnite, PUBG, Vainglory dan sebagainya tanpa sebarang masalah.

Samsung Galaxy S10

Bukan itu sahaja, Samsung turut menyertakan sokongan kecerdasan buatan dalam membolehkan perisian dan sistem operasi dioptimasikan berdasarkan kepada penggunaan anda. Melengkapkannya juga adalah pengurusan bateri pintar bagi membolehkan anda menggunakan telefon pintar Samsung Galaxy S10 tanpa masalah sepanjang hari.

Samsung Galaxy S10

Bercakap mengenai Galaxy S10 juga, ia turut menyertakan sokongan WIFi 6 – dimana ia adalah telefon pintar pertama di dunia dengan sokongan rangkaian berkenaan untuk sambungan lebih pantas berbanding kebiasaan.

Tidak cukup dengan itu, Samsung turut menyertakan sokongan pengecasan nirwayar berbalik – memudahkan anda untuk berkongsi kuasa bateri bersama telefon pintar lain secara pengecasan nirwayar daripada Galaxy S10 anda.

Galaxy S10

Samsung Galaxy S10 telah ditawarkan di Malaysia sejak beberapa bulan lepas, dan anda yang berminat boleh mendapatkannya pada harga bermula RM2699.

Ini adalah advertorial daripada Samsung.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd