Cari @ Amanz

Samsung merupakan salah satu pengeluar televisyen yang tidak asing lagi. Terkini, mereka turut membuat kejutan dan hadir dengan penawaran baru yang dinamakan sebagai The Sero – dimana melaluinya ia memfokuskan kepada generasi alaf baru, sekaligus menawarkan rekaan skrin menegak dan bukannya melintang seperti biasa.

The Sero

The Sero menawarkan skrin QLED bersaiz 43-inci, dan ditujukan untuk memudahkan pengguna untuk menonton kandungan daripada telefon pintar (yang kebiasaannya menegak) terus ke kaca televisyen berkenaan.

Melengkapkan The Sero ini juga adalah sokongan speaker 60W, dan integrasi pembantu digital Bixby. Ia juga dilihat boleh dilaraskan skrin untuk melihat kandungan berbentuk melintang.

Buat masa ini, televisyen konsep ini hanya akan dijual di Korea Selatan sahaja, sekitar bulan Mei kelak.

The Sero

The Sero

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd