HTC Bakal Hadir Dengan Telefon Rantaian-Blok Generasi Kedua
HTC

HTC Bakal Hadir Dengan Telefon Rantaian-Blok Generasi Kedua

Diterbitkan pada Apr 30, 2019 oleh .

HTC pada tahun lepas telah hadir dengan sebuah telefon pintar yang memfokuskan kepada rantaian-blok, dinamakan sebagai HTC Exodus. Walaupun tidak dijual secara meluas, pihak HTC kini mengatakan ia dijual seperti mana jangkaan mereka, dan menyasarkan untuk memperkenalkan generasi kedua telefon pintar rantaian-blok.

HTC Exodus One

HTC menyasarkan untuk memperkenalkan generasi kedua telefon rantaian-blok mereka pada pertengahan kedua 2019 ini.

Melalui telefon berkenaan, pihak HTC memfokuskan kepada privasi, selain turut mengintegrasikan beberapa aplikasi, termasuk untuk menguruskan aset digital milik pengguna.


TIPS & ULASAN