Vivo Z3x Dilancarkan – Snapdragon 660, Takuk Klasik, Dwi-Kamera Dan Berharga Sekitar RM735

Vivo Z3x Dilancarkan – Snapdragon 660, Takuk Klasik, Dwi-Kamera Dan Berharga Sekitar RM735

Diterbitkan pada Apr 30, 2019 oleh .

Tahun ini nampaknya adalah tahun yang sibuk bagi pengeluar-pengeluar peranti. Masing-masing seolah tidak berhenti memperkenalkan satu demi satu peranti baharu mereka. Dari kelas permulaan, kelas pertengahan sehinggalah peranti mercu. Terkini, Vivo telah melancarkan satu lagi peranti dalam kategori kelas pertengahan.

Vivo Z3x adalah peranti tersebut. Peranti ini menggunakan skrin 6.26-inci, panel TFT dengan resolusi FHD+, takuk klasik dan dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 660. Peranti ini turut dipadankan dengan memori 4GB RAM dan storan dalaman 64GB. Untuk kamera, peranti ini mempunyai dwi-kamera belakang daripada lensa 13+2 MP dan kamera swafoto 16MP. Seperti peranti Vivo yang lain, kamera peranti ini turut dikuasakan dengan sistem kecerdasan buatan.

Peranti ini mempunyai pengimbas cap jari klasik di bahagian hadapan, port pengecasan mikroUSB, bateri berkapasiti 3260mAh dan menjalankan Funtouch OS 9.0 berasaskan Android Pie. Peranti ini dilihat dijual di pasaran China sahaja dan dijual pada harga RMB1198 (~RM735) dengan pilihan warna Aurora, hitam dan merah.


TIPS & ULASAN