Oppo Mengemaskini Harga Jualan Oppo F11 Pro – Kini Versi 6GB RAM Dan 128GB Storan Berharga RM1299

Oppo Mengemaskini Harga Jualan Oppo F11 Pro – Kini Versi 6GB RAM Dan 128GB Storan Berharga RM1299

Diterbitkan pada Apr 30, 2019 oleh .

Oppo baru sahaja memperkenalkan Oppo F11 Pro pada bulan Mac 2019 lepas, dan kini nampaknya harga jualan peranti berkenaan telah dikurangkan sedikit. Kini, ia ditawarkan pada harga RM1299, dan menariknya dua variasi ditawarkan oleh Oppo Malaysia.

Bermula bulan Mei ini, Oppo akan menawarkan Oppo F11 Pro versi 6GB RAM dan 128GB storan pada harga RM1299. Versi dengan storan 64GB storan juga akan ditawarkan pada harga sama, tetapi hadir dengan sokongan jaminan tambahan setahun, selain jaminan pelindung skrin tambahan setahun.

Oppo F11 Pro

Oppo F11 Pro hadir dengan skrin 6.53-inci LTPS LCD, cip Helio P70, memori 6GB RAM, dan bateri dengan sokongan pengecasan VOOC 3.0. Untuk rakaman gambar, ia menyertakan dwi-kamera belakang 48MP + 5MP, selain kamera swafoto 16-megapixel.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran Oppo F11 Pro ini di kedai rasmi Oppo seluruh negara.


TIPS & ULASAN