Mod Rakaman Dwi-Pandangan Mula Ditawarkan Untuk Huawei P30 Pro

Mod Rakaman Dwi-Pandangan Mula Ditawarkan Untuk Huawei P30 Pro

Diterbitkan pada Apr 30, 2019 oleh .

Salah satu fungsi yang diperlihatkan ketika pelancaran Huawei P30 Pro ialah fungsi rakaman dwi-pandangan. Fungsi ini tidak ditawarkan sewaktu pelancaran, namun kini ia telah mula hadir melalui kemaskini EMUI terkini.

Apa yang menarik dengan fungsi ini, ia membolehkan pengguna menikmati rakaman daripada sensor utama dan sensor zoom secara serentak. Ia akan dipaparkan dalam bentuk pecahan skrin (split-screen), sekaligus menjadikan rakaman video lebih menarik. Pengguna dapat menikmati rakaman video terperinci melalui keupayaan zoom, selain membolehkan pengguna melihat padangan menyeluruh di dalam satu video.

Selain daripada mod rakaman ini, Huawei juga menyertakan kesan baru yang dinamakan sebagai Charming pada fungsi Portrait Mode. Kebolehan ini akan memberikan kesan kabur yang lebih menarik berbanding kesan Portrait Mode biasa.

Fungsi ini telah ditawarkan secara berperingkat kepada semua peranti Huawei P30 Pro, bermula daripada negara China. Kemaskini ini akan ditawarkan melalui kemaskini EMUI 9.1.0.153 bersama-sama dengan kemaskini sekuriti April 2019.


TIPS & ULASAN