iPhone 2019 Dijangka Hadir Dengan Pengecas 18W Bersama-sama Kabel Lightning ke USB-C

iPhone 2019 Dijangka Hadir Dengan Pengecas 18W Bersama-sama Kabel Lightning ke USB-C

Diterbitkan pada Apr 30, 2019 oleh .

Apple dijangka memperkenalkan tiga variasi iPhone pada 2019 ini, dan kini hadir laporan baru mengatakan Apple mungkin menyertakan pengecas 18W bersama-sama dengan kabel Lightning ke USB-C didalam kotak pembelian iPhone 2019 kelak.

Ini sekaligus menandakan yang mana iPhone baru akan kekal menggunakan pengecas berasaskan Ligthning dan bukannya USB-C seperti beberapa laporan sebelum ini.

Penyertaan pengecas 18W juga akan membolehkan iPhone dicas dengan lebih pantas, sementara penggunaan kabel dengan penyambung USB-C akan memudahkan peranti berkenaan dihubungkan ke MacBook terbaru tanpa perlu membeli sebarang penyesuai tambahan.

Apple dijangka memperkenalkan iPhone 2019 sekitar September kelak, dimana kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai pelbagai perkara baru pada telefon pintar berkenaan dalam bulan-bulan akan datang.


TIPS & ULASAN