Cari @ Amanz

Google dalam persediaan untuk menawarkan tema berwarna gelap secara sepenuhnya pada Android Q. Dalam menjayakan usaha ini, mereka telah mengemaskini aplikasi Google Calculator dengan menyertakan pertukaran tema berwarna gelap.

Seperti kebanyakan aplikasi Google untuk Android sebelum ini, tema berwarna gelap ini perlu diaktifkan secara manual terlebih dahulu. Anda boleh menekan butang tiga titik pada bahagian atas aplikasi > klik Choose theme > dan pilih Dark untuk mengaktifkannya.

Apabila fungsi ini diaktifkan, anda akan dapati antaramukannya hadir dengan kemasan berwarna hitam dan biru gelap. Penggunaan tema ini dilihat lebih memberi keselesaan kepada mata, lebih-lebih lagi ketika digunakan pada waktu malam.

Jadi bagi anda yang menggunakan aplikasi Google Calculator, anda boleh mengemaskininya ke versi 7.6 untuk menikmati kebolehan ini. Sekiranya anda belum memasangnya pada peranti anda, anda boleh memuat-turun aplikasi Google Calculator ini melalui halaman Google Play Store.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd