Carian
Jumlah Penggunaan Siri Dan Google Assistant Kini Setaraf – Namun Kejayaan Berpihak Kepada Google
April 30, 2019 Fahim Zahar

Sehingga Disember tahun lepas, Google Assistant masih memegang takhta sebagai pembantu digital paling pintar. Namun, bersaing dengan Google adalah pembantu maya Apple – Siri. Siri dilihat berada di tempat kedua dan dua syarikat teknologi gergasi ini kerap bersaing antara satu sama lain.

Dalam kajian terbaru, Google Assistant dan Siri dilihat mempunyai peratusan jumlah penggunaan yang sama. Namun, Google Assistant masih dikira juara. Ini kerana, Siri yang sudah berada di pasaran sejak tahun 2011 (8 tahun) mempunyai peratusan penggunaan 36%. Manakala, Google Assistant yang baru sahaja bermula sejak 2016 (3 tahun) mempunyai peratusan yang sama – 36%. Ini bermakna, jumlah penggunaan Google Assistant meningkat lebih pantas berbanding Siri. Jelas di sini, Siri mengambil masa yang sangat lama.

Amazon Alexa berada di tangga kedua dengan peratusan 25%, Cortana pula berada di tangga ketiga dengan jumlah 19% dan pembantu digital lain-lain hanya mempunyai 1% jumlah penggunaan. Perlu diingatkan, data ini diambil dari kaji selidik 7000 orang dan bukannya secara keseluruhan dunia.

Walaupun hanya 7000 orang, pembantu digital Google Assistant tetap menjadi pilihan orang ramai. Malah saya sendiri, walaupun mempunyai iPad Air (2019) – saya tetap menggunakan Google Assistant dan bukannya Siri. Anda pula bagaimana?

Komen