Cari @ Amanz

Lebih kurang dua minggu sahaja lagi pelancaran siri OnePlus 7, kini di arena web sudah banyak berita mula melaporkan beberapa perkara menarik mengenai peranti ini. Semalam, DisplayMate telah mentabalkan peranti ini mempunyai skrin terbaik dengan skor A+ dan hari ini – pihak WIRED telah mendapat unit awal untuk menguji kamera OnePlus 7 Pro.

Menurut WIRED, OnePlus 7 Pro mempunyai lensa zoom optikal 3x. Kamera zoom OnePlus 7 Pro tidaklah sehebat Huawei P30 Pro, namun ia boleh dikatakan berada di antara Samsung dan Huawei. OnePlus meletakkan lensa zoom ini pun kerana permintaan ramai pengguna. Ini bukan kali pertama lensa zoom digunakan pada peranti OnePlus. Kali pertama adalah pada OnePlus 5 dengan zoom 2x. Namun, itu hanya gimik semata-mata kerana lensa sebenarnya adalah 1.6x dan untuk jadikan 2x, OnePlus menggunakan perisian.

Tambahan WIRED lagi, kamera zoom 3x OnePlus 7 Pro mempunyai hasil hingar yang jelas dan warna yang kurang menarik dengan Huawei P30 Pro. Tetapi, jika dibandingkan dengan peranti OnePlus yang sebelumnya – ia mempunyai hasil HDR yang ditambah baik. Pengalaman penggunaan mereka juga turut memberi pendapat yang zoom 3x sudah mencukupi. Bukan itu sahaja, lensa zoom pada OnePlus 7 Pro ini turut mampu membuat rakaman video yang cukup stabil. Rakaman waktu malam juga dilihat bertambah baik. Kemudian, lensa zoom ini turut berfungsi untuk menangkap data imej tambahan.

Ini tidak hairan langsung. Kerana, sehingga hari ini peranti OnePlus cukup terkenal di kalangan peminat mereka dengan kemampuan rakaman 4K 60FPS yang stabil. Tetapi pendapat saya, kehangatan OnePlus 7 Pro ini tidak membara seperti OnePlus terdahulu. Tetapi, apa-apa pun mari sama-sama kita nantikan kejutan dari OnePlus bulan Mei ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd