Google Mengaku Jualan Pixel 3 Tidak Memberangsangkan Kerana Mahal

Google Mengaku Jualan Pixel 3 Tidak Memberangsangkan Kerana Mahal

Diterbitkan pada Apr 30, 2019 oleh .

Google Pixel adalah peranti mercu daripada Google. Ia mula diperkenalkan pada tahun 2016 dan jelas sasaran Google adalah untuk menjadi pesaing kepada Apple. Apple dengan iPhone dan Google dengan Pixel.

Baru-baru ini, Google telah mengadakan mesyuarat pendapatan untuk jualan suku pertama tahun 2019. Menurut Ketua Pegawai Kewangan Google –  Ruth Porat, jualan sukun pertama 2019 tidak sehebat jualan suku pertama 2018. Ini kerana tekanan terhadap pemasaran telefon pintar premium yang terdapat di pasaran. Pendapatan pada suku pertama 2018 adalah $4.35 Bilion dan pada suku pertama 2019 mendapat peningkatan $5.45 Bilion. Akan tetapi, peningkatan ini bukanlah kerana jualan Pixel 3.

Mungkin kerana ini, di Amerika Syarikat Google telah menjual Pixel 3 pada harga diskaun sehingga 50%. Sedar akan harga jualan yang terlampau mahal dan tidak mampu bertanding dengan pesaing. Pixel 3 hanya mempunyai RAM 4GB, manakala peranti mercu 2018 yang lain mempunyai RAM sekurang-kurangnya 6GB dan malah ada yang mencecah sehingga 10GB. Kemudian, Pixel hanya mempunyai kamera utama satu lensa dan pesaing sudah mempunyai kamera sehingga 2 atau 3 lensa.

Walau bagaimanapun, tidak dinafikan yang Pixel 3 adalah sebuah peranti yang hebat. Tiada Pixel, tiada GCam dan pendapat saya berdasarkan pengalaman penggunaan saya merasakan yang Pixel 3 seakan penanda aras untuk pengeluar lain hadir dengan kamera yang baik. Untuk menambah pendapatan dan mengikut kehendak peminat, Google turut akan melancarkan siri kelas pertengahan seperti Pixel 3a dan Pixel 3a XL. Di mana ia akan dijual lebih murah dari Pixel 3 dan menurut laporan harga Pixel 3a adalah sekitar RM2605. Di mana lebih murah dari Pixel 3 pada hari pelancaran yang mencecah lebih RM3K dan RM4K.


TIPS & ULASAN