Carian
Xiaomi Mi 9 SE Berharga Bermula RM1299 Di Malaysia
April 30, 2019 Aman

Xiaomi hari ini telah melancarkan satu lagi telefon pintar terbaru untuk pasaran tempatan, iaitu Xiaomi Mi 9 SE. Hadir dalam dua variasi, telefon pintar ini ditawarkan pada harga bermula RM1299 di Malaysia.

Xiaomi Mi 9 SE hadir dengan skrin 5.97-inci OLED yang turut menyertakan pengimbas cap jari terbina pada skrin, menjananya adalah cip Snapdragon 712, memori 6GB RAM, dan tri-kamera 48-megapixel dibelakang.

Dua variasi Mi 9 SE ditawarkan untuk pasaran tempatan, iaitu dengan storan 64GB pada harga RM1299, selain dengan storan 128GB pada harga RM1499.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan telefon pintar ini daripada para pengedar rasmi Xiaomi seluruh negara bermula 4 Mei ini. Untuk permulaan, dua pilihan warna disediakan, iaitu warna hitam dan juga biru. Pengguna yang membuat pembelian sebelum 12 Mei turut berpeluang mendapatkan sebuah Mi Powerbank 2s secara percuma dengan pembelian Mi 9 SE.

Xiaomi Mi 9 SE

Komen