Facebook Mengumumkan Rekabentuk Serba Baru Untuk Web Dan Aplikasi Mudah-Alih

Facebook Mengumumkan Rekabentuk Serba Baru Untuk Web Dan Aplikasi Mudah-Alih

Diterbitkan pada Mei 1, 2019 oleh .

Facebook hari ini telah mengadakan acara F8 2019, dan berkongsi sejumlah perkara baru yang akan hadir pada laman sosial berkenaan. Salah satunya yang menjadi fokus ketika pengumuman berkenaan adalah pengenalan rekabentuk antaramuka baru untuk perkhidmatan sosial berkenaan.

Facebook Web Baru

Melalui perubahan baru, Facebook dilihat menggunakan rekaan serba kemas tanpa bar biru yang sedia dikenali kita pada hari ini. Di web, Facebook dibahagikan kepada tiga bahagian, dimana pada bahagian paling kiri adalah menu, bahagian tengah memperlihatkan perkongsian – selain turut menekankan kepada Stories, selain bahagian kanan yang memfokuskan kepada cadangan Facebook Groups dan juga untuk memudahkan anda melihat rakan yang berada atas-talian.

Facebook Web Baru

Selain di web, kemaskini sama juga akan ditawarkan untuk peranti mudah-alih – dimana ia kini menawarkan rekaan yang lebih kemas, tanpa bar biru yang sedia dikenali ramai.

Perubahan baru ini akan diperkenalkan untuk aplikasi mudah-alih bermula hari ini, sementara untuk versi web ia akan menyusul kelak pada tahun ini.l


TIPS & ULASAN