Cari @ Amanz

Facebook hari ini telah berkongsi sejumlah perkara baru, termasuk mengumumkan yang mana mereka akan memperkenalkan aplikasi desktop mereka bagi Messenger untuk pengguna Mac dan Windows.

Messenger Desktop

Dengan pengenalan ini, ia akan memudahkan pengguna Messenger untuk kekal berhubung pada bila-bila – dan tidak lagi perlu terikat untuk komunikasi melalui pelayar web sahaja.

Aplikasi desktop baru ini juga akan membolehkan lebih banyak ciri-ciri Messenger digunakan secara menyeluruh, termasuk sokongan panggilan video melaluinya.

Facebook mengatakan aplikasi desktop ini akan diperkenalkan pada peringkat global kelak pada tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd