Salah satu perkara yang tidak begitu digemari ramai adalah saiz aplikasi yang terlalu besar, selain mengambil masa yang agak lama untuk membuka sesuatu aplikasi. Pada F8 2019 tahun ini, Facebook memfokuskan hal ini, dan mengatakan akan menjadikan Messenger lebih bersaiz kecil, selain beroperasi dengan pantas.
Melalui apa yang dipanggil Facebook sebagai “Messenger LightSpeed”, mereka menyasarkan menjadikan aplikasi Messenger bersaiz kurang daripada 30MB. Sebagai perbandingan, WhatsApp bersaiz sekitar 93MB pada hari ini.
Facebook turut mengatakan mereka menyasarkan menjadikannya 2 kali ganda lebih pantas, selain 7 kali ganda bersaiz lebih kecil berbanding sejumlah aplikasi permesejan lain di pasaran.
Facebook dijangka memperkenalkan kemaskini baru untuk Messenger ini kelak pada tahun 2019 ini.