Carian
Instagram Akan Mengemaskini Rekaan Kamera – Memperkenalkan “Create Mode”
May 1, 2019 Aman

Instagram pada hari ini sedia digunakan ramai dalam berkongsi gambar dan video melaluinya. Bergerak kehadapan, Facebook inginkan pengguna untuk menghasilkan lebih banyak kandungan melalui aplikasi berkenaan.

Selari dengannya, kini Instagram mengumumkan rekaan baru bahagian kamera pada aplikasi berkenaan. Melaluinya, ia memudahkan lagi pengguna untuk memilih pelbagai kesan khas dalam menyunting gambar atau video mereka.

Instagram Camera Create Mode

Disamping itu, Instagram turut akan menyertakan Create Mode, Melaluinya, Instagram ingin memudahkan lagi pengguna berkongsi pelbagai perkara – tanpa memerlukan pengguna menyertakan gambar atau video seperti kebiasaan.

Kedua-dua ciri baru ini akan diperkenalkan secara berperingkat dalam masa beberapa minggu akan datang untuk semua pengguna Instagram.

Komen