Cari @ Amanz

Aperture merupakan salah satu perisian penyunting gambar yang ditujukan untuk golongan professional, dan disediakan oleh Apple sendiri. Terkini, pihak Apple mengumumkan yang mana perisian Aperture tidak lagi boleh digunakan pada macOS selepas versi Mojave.

Langkah ini sendiri mungkin dijangka ramai, memandangkan Apple telah mengumumkan perisian berkenaan tidak lagi akan dibangunkan sejak 2014 yang lepas.

Dengan pengumuman ini, ia sekaligus menamatkan perisian berkenaan sepenuhnya, dan sistem operasi macOS akan datang kelak tidak akan menyokongnya lagi.

Bagi anda yang masih menggunakan Aperture, Apple mengalakkan anda beralih ke Photos ataupun Adobe Lightroom Classic.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd