Cari @ Amanz

Sony sedia menawarkan sebuah aplikasi dinamakan Sketch untuk pengguna peranti Xperia, dimana melaluinya anda boleh membuat lakaran ringkas pada gambar, dan menyuntingnya menjadi lebih menarik.

Sony Sketch

Selain membuat lakaran pada gambar terus, anda turut boleh menambah beberapa kesan penuras khas, menambah Sticker dan sebagainya.

Untuk pengguna Sony Sketch, kini Sony mengumumkan yang mana perkhidmatan Sketch secara atas-talian akan ditamatkan pada 30 September 2019 kelak.

Pengguna masih boleh kekal menggunakan dan menyimpannya pada peranti mereka tanpa kesan. Tetapi, pengguna tidak lagi boleh membuat muat-turun Sticker baru, mahupun sync data secara atas talian selepas tarikh berkenaan – termasuk fungsi komuniti pada Sketch.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd