Pembangun Kini Boleh Mengesahkan Identiti Pengguna Menggunakan WhatsApp, Menggantikan SMS

Pembangun Kini Boleh Mengesahkan Identiti Pengguna Menggunakan WhatsApp, Menggantikan SMS

Diterbitkan pada Mei 1, 2019 oleh .

Pada hari ini, terdapat pelbagai perkhidmatan dan aplikasi yang memerlukan pengguna membuat pengesahan identiti sebenar mereka – ataupun untuk menawarkan sokongan sekuriit pengesahan dwi-faktor. Kaedah yang biasa digunakan adalah berasaskan SMS, dan hal ini dijangka akan berubah tidak lama lagi.

Pengeahan WhatsApp

Facebook kini telah mula menawarkan SDK baru untuk para pembangun, dimana melalui Account Kit, dimana melaluinya kini Facebook menawarkan sokongan pengesahan berasaskan WhatsApp.

Dengannya, pembangun boleh menghantar kod pengesahan melalui WhatsApp, sekaligus lebih berjimat berbanding keperluan menghantar kod pengesahan melalui SMS seperti sebelum ini.


TIPS & ULASAN