Majalah Gila-Gila Kini Ditawarkan Secara Digital Melalui Aplikasi Android Dan iPhone

Majalah Gila-Gila Kini Ditawarkan Secara Digital Melalui Aplikasi Android Dan iPhone

Diterbitkan pada Mei 1, 2019 oleh .

Gila-Gila merupakan salah satu majalah kartun yang popular dikalangan pengguna tempatan. Setelah sekian lama ditawarkan dalam bentuk bercetak, kini penerbit Gila-Gila turut hadir dengan penawaran kandungan digital untuk para peminat mereka.

Hari ini, aplikasi GG Komiks telah dilancarkan, sekaligus membolehkan para pengguna untuk mengikuti pelbagai kandungan kartun Gila-Gila sejak 41 tahun lepas secara digital pada skrin peranti mudah-alih anda.

GG Komiks

Melalui aplikasi GG Komiks, ia menawarkan beberapa kategori untuk memudahkan anda mengikuti pelbagai kandungan kartun, selain turut dipautkan ke GG TV bagi anda mengikuti pelbagai kandungan jenaka dalam bentuk video.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi GG Komiks ini secara percuma hari ini.

Muat-Turun GG Komiks untuk Android

Muat-Turun GG Komiks untuk iPhone


TIPS & ULASAN