Huawei Menyasarkan Menjadi Pengeluar Komputer Lima Teratas Menjelang 2021

Huawei Menyasarkan Menjadi Pengeluar Komputer Lima Teratas Menjelang 2021

Diterbitkan pada Mei 1, 2019 oleh .

Huawei sedia mengumumkan sasaran mereka untuk menjadi pengeluar telefon pintar terkemuka dunia dalam masa setahun dua lagi. Menariknya, selain daripada telefon pintar, pihak Huawei kini turut dilaporkan menyasarkan untuk menjadi pengeluar komputer lima teratas dunia menjelang 2021 kelak.

Sasaran ini boleh dikatakan masih jauh untuk dicapai oleh Huawei. Melalui Nikkei, ia dilaporkan Huawei telah mengeluarkan sekitar 1 juta komputer pada tahun 2018 lepas – jikalau dibandingkan dengan pengeluaran industri secara menyeluruh sejumlah 259 juta unit. Apple sendiri telah mengeluarkan sekitar 18 juta unit komputer pada 2018 lepas.

Huawei boleh dikatakan masih baharu dalam arena perkomputeran PC ini. Mereka telah memperkenalkan komputer riba pertama pada 2017 yang lepas, dan sejak daripadanya mereka telah hadir dengan beberapa penawaran komputer riba menarik, termasuk menyertakan sejumlah ciri-ciri yang baru.

Pada masa yang sama, Huawei turut dikatakan sedang membangunkan cip pemprosesan untuk digunakan pada komputer keluaran mereka.


TIPS & ULASAN