Carian
Google Mengumumkan Ciri Untuk Memadam Data Sejarah Lokasi Anda Secara Automatik
May 2, 2019 Aman

Google sedia menyimpan data berkenaan sejarah lokasi yang telah disinggah anda – dalam usaha menawarkan pengalaman dan paparan iklan yang lebih relevan. Hal ini dijayakan melalui penggunaan aplikasi Google Maps, mahupun integrasi terus pada peranti Android.

Sehingga kini, sekiranya pengguna ingin memadam data lokasi berkenaan, ia perlu dilakukan secara manual pada halaman Google Account. Terkini, Google mengumumkan sebuah ciri baru yang akan membolehkan pengguna memadamnya secara automatik.

Google Lokasi

Bakal diperkenalkan dalam masa minggu-minggu akan datang, ciri baru ini akan memudahkan pengguna untuk memadam data lokasi di Google selepas suatu tempoh masa secara automatik.

Melalui halaman tetapan baru kelak, pengguna boleh memilih untuk memadam data lokasi secara manual, atau memadamnya secara automatik selepas tiga bulan atau selepas 18 bulan.

Fungsi baru ini akan diperkenalkan pada halaman Google Account dalam minggu-minggu akan datang.

Komen