(Ura-Ura) DJI Mungkin Hadir Dengan Kamera Aksi Untuk Menyaingi GoPro

(Ura-Ura) DJI Mungkin Hadir Dengan Kamera Aksi Untuk Menyaingi GoPro

Diterbitkan pada Mei 2, 2019 oleh .

DJI merupakan salah satu jenama yang tidak asing lagi bagi para peminat dron. Selain daripada penawaran dron, mereka turut menawarkan kamera bersaiz kompak melalui keluarga siri Osmo.

Terkini, desas-desus baru hadir mengatakan DJI mungkin akan hadir dengan kamera aksi tersendiri, sekaligus bersaing dengan Go Pro.

Buat masa ini, ia boleh dikatakan masih pada peringkat desas-desus awal dan tidak diketahui sama ada DJI akan hadir dengan penawaran seumpamanya seawal tahun ini atau sebaliknya.

Tetapi, dari segi teknologi, boleh dikatakan DJI sedia mempunyai penawaran DJI Osmo Pocket, yang mana mungkin menjadi asas untuk kamera aksi mereka – sekaligus bersaing dengan pihak Go Pro dari segi harga kelak.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan apakah yang bakal hadir daripada DJI dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN