Cari @ Amanz

Apakah telefon pintar dengan jualan tertinggi sepanjang 2018? Mungkin ramai yang akan meneka telefon keluaran Samsung kerana mereka mencatatkan jualan keseluruhan tertinggi tetapi tekaan anda salah mengikut data yang dikongsi oleh firma Counterpoint. Menurut mereka, iPhone X mencatatkan jualan tertinggi diikuti pula oleh iPhone 8, iPhone 8 Plus, iPhone 7 Plus dan Xiaomi Redmi 5A.

Ini bermakna empat dari lima telefon pintar paling popular adalah dikeluarkan oleh Apple. Lebih menarik ialah melihat tiada telefon keluaran Huawei di dalam senarai sepuluh paling laris. Apple mempunyai enam wakil, Samsung mempunyai tiga wakil dan Xiaomi dengan satu wakil. Jualan di China pula adalah jauh berbeza.

Di China telefon pintar dengan jualan tertinggi ialah Oppo R15, iPhone X, Oppo A5, Oppo A83 dan Vivo X21. Sekali lagi tiada peranti Huawei dalam sepuluh paling laris dan perkara yang sama berlaku kepada Samsung. Oppo dan Vivo mendominasi pasaran tempatan mereka dengan tujuh dari sepuluh adalah peranti keluaran anak syarikat BBK Electronics.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd