Facebook Portal Akan Menyokong Panggilan Video WhatsApp

Facebook Portal Akan Menyokong Panggilan Video WhatsApp

Diterbitkan pada Mei 2, 2019 oleh .

Portal dilancarkan oleh Facebook hanya untuk pasaran Amerika Utara pada bulan Oktober tahun lalu. Skrin pintar ini memudahkan proses panggilan video mudah antara pengguna dengan kemampuan mengikut pergerakan mereka secara automatik. Di Acara F8 yang berlangsung semalam, ia disahkan bakal menyokong panggilan video WhatsApp.

Facebook PortalIni selari dengan pengumuman Portal akan mula ditawarkan pula untuk pasaran Eropah pada musim luruh akan datang. Selain itu Portal dipertingkatkan dengan fungsi peringatan acara mendatang, lebih banyak sokongan Alexa, memainkan video Amazon Prime dan menghantar mesej video peribadi.



TIPS & ULASAN