Persidangan IOSCO – Inisiatif Meningkatkan Ekonomi Negara Menerusi Perbankan Islam dan FinTech

Persidangan IOSCO – Inisiatif Meningkatkan Ekonomi Negara Menerusi Perbankan Islam dan FinTech

Diterbitkan pada Mei 3, 2019 oleh .

Baru-baru ini, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) pada persidangan International Organisation of Securities Commissions (IOSCO) Asia Pacific Hub telah memberi penekanan berhubung pertumbuhan ekonomi negara menerusi penggunaan FinTech dan perbankan Islam.

Lebih 1.7 bilion atau satu pertiga daripada penduduk dunia dianggarkan tidak mempunyai akses kepada perkhidmatan kewangan secara formal. Terutamanya penduduk pada negara membangun. Menurut Pangkalan Data Global Findex ini, sebanyak 40 daripada 48 negara anggota dalam Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) mempunyai kadar penembusan akaun rasmi yang lebih rendah daripada purata dunia yang pada waktu ini pada tahap 50%. 

Dr. Firas Raad, wakil Kumpulan Bank Dunia menyatakan kewangan Islam dapat memainkan peranan dalam menangani kemiskinan yang tinggi di negara-negara OIC. Sebanyak 40% rakyat hidup kurang dari USD1.25 (RM5.17) sehari di negara-negara OIC.  Pada waktu yang sama sepertiga daripada penduduk seluruh dunia yang hidup dalam kemiskinan yang melampau – kurang dari USD1.90 (RM7.86) sehari, juga tinggal di negara-negara OIC.

Berikutan itu, pasaran modal telah menyediakan platform pembiayaan ekuiti (ECF) kepada usahawan dan MSME. Platform ECF dan pembiayaan peer-to-peer (P2P) ini adalah modal ekuiti yang tersedia untuk memenuhi keperluan mereka pada peringkat perniagaan yang berlainan.

Pada sidang tersebut seramai 300 pengamal kewangan dan pakar industri ekonomi berhimpun bagi membincangkan peranan kewangan sosial Islam seperti wakaf dan zakat. Inisiatif ini bagi membolehkan akses yang lebih besar kepada perkhidmatan kewangan untuk meningkatkan kesejahteraan sosial. Seterusnya, memacu aktiviti ekonomi pada masa hadapan.



TIPS & ULASAN