Pelanggan Unifi Mobile 39, 59 Dan 99 Boleh Menggandakan Kuota Data Untuk Masa Terhad

Pelanggan Unifi Mobile 39, 59 Dan 99 Boleh Menggandakan Kuota Data Untuk Masa Terhad

Diterbitkan pada Mei 2, 2019 oleh .

Di acara Khabar Baik terbaru syarikat telekomunikasi dan pembekal internet tempatan TM, ia telah diumumkan bahawa para pelanggan Unifi Mobile 39 dan Unifi Mobile 59 boleh menambah kuota data mereka sebanyak dua kali ganda untuk RM8 sahaja bermula hari ini sehingga 30 Jun 2019.

Bagi pelanggan Unifi Mobile 39 yang mempunyai kuota data 5GB, mereka boleh menambah kuota sebanyak 5GB lagi, manakala pelanggan Unifi Mobile 59, kuota 10GB mereka boleh ditingkatkan sebanyak 10GB lagi untuk dua bulan yang akan datang (Mei dan Jun 2019).

Bukan itu sahaja, untuk pelanggan Unifi Mobile 99, mereka akan menerima kuota hotspot tambahan sebanyak 10GB secara automatic dan percuma sepanjang dua bulan tersebut.

Untuk mendapatkan kuota data tambahan ini, para pelanggan Unifi Mobile hanya perlu melog masuk ke dalam aplikasi layan-diri ataupun laman web Unifi Mobile. Penambahan kuota data ini boleh dilakukan oleh pelanggan-pelanggan baru dan juga yang sedia ada.


TIPS & ULASAN