Kecerdasan Buatan Microsoft Mampu Menterjemah Ke-30 Bahasa Serentak Pada Masa-Nyata

Kecerdasan Buatan Microsoft Mampu Menterjemah Ke-30 Bahasa Serentak Pada Masa-Nyata

Diterbitkan pada Mei 2, 2019 oleh .

2019 merupakan tahun ke-5 berturut-turut Microsoft E2 dianjurkan , dan kali ini di Paris, Perancis pada 2-4 April. Sejumlah 300 pendidik daripada 109 buah negara termasuk dari Malaysia berhimpun untuk melihat perkembangan terkini daripada produk-produk Microsoft yang berkaitan tentang pendidikan dan berkongsi idea inovatif mereka di dalam kelas.

Ketika sesi ‘Keynote’, pihak Microsoft telah menerangkan beberapa perkembangan terbaru. Antaranya ialah Kecerdasan Buatan, Perkara Tentang Internet, Realiti Campuran, Rantaian Blok, dan Pengkomputeran Kuantum.

Kesemua teknologi ini cuba diaplikasikan menerusi beberapa sistem yang dibangunkan untuk meraikan bakat-bakat pelajar. Malah beberapa sekolah yang diiktiraf oleh Microsoft juga telah menerapkan pembelajaran teknologi tersebut pada subjek-subjek di dalam kelas.

Antara perkara yang paling banyak ditekankan ialah Kecerdasan Buatan. Mesin Pembelajaran digunakan untuk mengaplikasikan fungsi Kecerdasan Buatan dalam kelas untuk membantu guru menambah baik hasil pembelajaran.

Salah satu alat Kecerdasan Buatan yang di pertontonkan ialah Penterjemah Persembahan. Fungsi ini boleh didapati dalam aplikasi Microsoft Power Point secara percuma pada bahagian ‘plugin’. Alat ini mampu menterjemah dan menghasilkan sarikata secara masa sebenar pada skrin persembahan. Malah, dengan fungsi tambahan Azure Cognitive Service, fungsi ini mampu membantu pelajar dari seluruh negara untuk mendengar dan membaca apa yang dipersembahkan dan diterjemah pada masa sebenar sehingga 30 bahasa serentak.

Fungsi ini banyak membantu pelajar yang mengalami masalah pendengaran atau pelajar biasa yang lambat untuk memahami subjek di dalam kelas. Malah pelajar dan ibu bapa juga boleh menjawab dan berinteraksi secara berdepan menggunakan bahasa yang berbeza dan diterjemah secara masa sebenar.

Selain itu, Microsoft turut mempertontonkan aplikasi Kecerdasan Buatan Pengimejan yang membantu untuk menganalisa gambar yang ditangkap seterusnya mengeluarkan suara menerangkan apakah maklumat berkaitan tentang objek tersebut. Pengguna juga boleh mengetahui nilai pertukaran mata wang dengan hanya menangkap gambar duit nota.


TIPS & ULASAN