Carian
AMD, Intel Dan Valve Akan Bekerjasama Untuk Memperbaiki Isu Sokongan Penyesuai Nirwayar Vive Dengan CPU Ryzen
May 2, 2019 Nazrin

Pihak Vive baru-baru ini melaporkan bahawa peranti realiti maya HTC Vive menghadapi masalah dimana komputer yang dikuasakan oleh CPU AMD Ryzen akan menghadapi pelbagai masalah.

Isu tersebut dikatakan hadir melalui perisian untuk memasang penyesuai (adapter) PCIe nirwayar untuk menyambung peranti Vive ke komputer tanpa sebarang kabel. Diantara isu-isu yang didapati pengguna termasuklah dimana komputer akan tersekat, atau lebih teruk, mendapat isu BSOD sewaktu peranti Vive digunakan.

Pada minggu lalu, Vive telah melancarkan perisian kemaskini 1.20190410.0 yang dikatakan memperbaiki isu ini, tetapi menurut beberapa pengguna, isu komputer tersekat dan BSOD masih membelenggu mereka.

Valve, bersama-sama dengan AMD dan Intel, dimana teknologi WiGig digunakan untuk sambungan nirwayar akan terus bekerjasama untuk memastikan bahawa isu ini tidak menjejaskan pengalaman penggunaan HTC Vive untuk para pengguna dengan komputer yang digerakkan AMD Ryzen.

Komen