TNG Digital Memperkenalkan Program 7 Tangkai – Jom Infak Di 10 Masjid Di Sekitar Kuala Lumpur

TNG Digital Memperkenalkan Program 7 Tangkai – Jom Infak Di 10 Masjid Di Sekitar Kuala Lumpur

Diterbitkan pada Mei 2, 2019 oleh .

Dengan teknologi dompet digital yang banyak diperkenalkan baru-baru ini, orang ramai semakin biasa membayar untuk pelbagai barang dan perkhidmatan secara digital dan tidak secara tunai.

Dengan bulan Ramadhan yang akan bermula tidak lama lagi, pihak TNG Digital bersama-sama dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) memperkenalkan program 7 Tangkai – Jom Infak di beberapa masjid di sekitar Kuala Lumpur.

Program 7 Tangkai ini dimulakan untuk membolehkan orang ramai untuk menderma wang kepada masjid menggunakan teknologi kod QR (Quick Response) yang lebih mudah, cepat dan selamat melalui aplikasi TNG eWallet. Semua derma yang dilakukan melalui sistem QR ini akan dimasukkan terus kedalam akaun masjid yang berkenaan.

Buat masa ini, terdapat 10 masjid disekitar Kuala Lumpur yang sudahpun memulakan program ini, termasuk:

  1. Masjid ar-Rahah, Bangsar South
  2. Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Menjalara
  3. Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati
  4. Masjid Jamek, Kampung Baru
  5. Masjid Muaz Bin Jabal, Setiawangsa
  6. Masjid Abd Ar-Rahman Auf,  Taman Yarl
  7. Masjid Ar-Rahman, Jalan Pantai Baru
  8. Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju
  9. Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail
  10. Masjid Al-Ghufran, Taman Tun Dr Ismail

Menurut pihak TNG Digital, mereka ingin mendapatkan 40 lagi masjid di sekitar Kuala Lumpur untuk memasuki program ini menjelang hujung tahun ini.


TIPS & ULASAN