Google Mengumumkan Tiles Untuk Wear OS – Fungsi Seumpama ‘Widget’ Untuk Akses Informasi Pantas

Google Mengumumkan Tiles Untuk Wear OS – Fungsi Seumpama ‘Widget’ Untuk Akses Informasi Pantas

Diterbitkan pada Mei 2, 2019 oleh .

Google sentiasa melakukan perubahan pada Wear OS untuk bersaing dalam arena jam tangan pintar. Dalam memudahkan pengguna melihat info terkini, Google telah menambah kebolehan Tiles pada sistem operasi ini.

Melalui kebolehan ini, pengguna perlu menyeret dari kiri atau kanan pada skrin untuk melihat sejumlah info berbeza. Anda juga boleh mengubah kedudukan sesuatu info ini, dengan menekan lama pada sesuatu tiles dan membawanya ke kedudukan pilihan anda.



Google telah menawarkan sebanyak 6 tiles berbeza untuk fungsi ini, seperti Goals (untuk Google Fit), acara seterusnya, Forecast (cuaca), Heart rate, Headlines, dan Timer. Google juga berjanji akan menawarkan lebih banyak tiles ini melalui kemaskini akan datang.

Fungsi Tiles ini dijangka akan ditawarkan pada peranti Wear OS pada sekitar bulan hadapan. Namun fungsi tiles yang ditawarkan mungkin terdapat perbezaan dari segi sistem operasi telefon, jenis jam, dan lokasi semasa seseorang pengguna.


TIPS & ULASAN