Rekaan Motorola Moto Z4 Tertiris Sepenuhnya

Rekaan Motorola Moto Z4 Tertiris Sepenuhnya

Diterbitkan pada Mei 2, 2019 oleh .

Motorola ialah bapa segala telefon selular yang berada di tangan anda sekarang. Selepas lebih tiga dekad, nama syarikat ini mungkin tidak segah dahulu namun ia masih lagi mempunyai ramai peminat. Hari ini rekaan penuh Motorola Moto Z4 telah akhirnya tertiris menerusi akaun @evleask dan menunjukkan beberapa pertunjuk menarik.

Berdasarkan rekaan panel belakang, Moto Z4 akan kekal menyokong aksesori modular Moto Mods. Ia turut mempunyai bezel yang nipis pada bahagian hadapan lengkap dengan takuk kamera bersaiz kecil. Tiada pengimbas cap jari di hadapan serta belakang memberikan petunjuk ia berkemungkinan besar hadir dengan pengimbas cap jari terbina dalam skrin. Pada Moto Z3 sebelum ini pengimbas cap jari pada sisi digunakan.

Pada bahagian atas terdapat talam SIM serta lubang pembesar suara. Ini tidak pernah ditemui pada peranti Moto Z sebelum ini. Butang suara dan kuasa pula terletak pada sisi kanan. Nampaknya tiada butang khas khusus untuk Google Assistant disertakan oleh Motorola.

Kamera utama hanya mempunyai satu lensa tetapi bersaiz besar, Ini adalah tindakan berani memandangkan pasaran sekarang dipenuhi peranti kelas mercu dan pertengahan dengan sistem trikamera. Akhir sekali bicu audio 3.5mm dikembalikan selepas dibuang pada Moto Z3.


TIPS & ULASAN