Cari @ Amanz

Sekiranya anda sempat hidup di zaman MP3, anda pasti tahu kadarbit audio yang lebih tinggi akan memastikan kualiti audio yang lebih baik. Di dalam dunia penstriman sekarang, Spotify menawarkan audio pada kadar 320 kbps manakala Apple Music pula pada kadar 256 kbps. Sekiranya anda seorang peminat audio, perbezaan kecil ini akan mudah anda sedari.

Netflix hari ini mula memperkenalkan kualiti audio yang lebih tinggi yang mencecah kadarbit 768 kbps untuk adunan audio Dolby Atmos dan 640 kbps untuk adunan audio 5.1. Seperti sistem penstriman video mereka, penstriman audio ini akan berubah secara dinamik mengikut kepantasan Internet pengguna bagi mengelakkan tontonan diganggu oleh skrin pemuatan.

Dengan pengenalan audio pada kualiti yang lebih tinggi ini, kandungan yang ditonton pada resolusi tinggi akan dipadankan dengan audio yang sebaik mungkin seperti yang diproses di studio.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd