Carian
Pembangun Kini Boleh Menghasilkan Aplikasi Untuk Platform Android Automotive
May 2, 2019 Arib Ismail

Google telah mengumumkan platform Android Automotive OS pada tahun 2017, iaitu sistem operasi yang direka khas untuk kegunaan kereta. Menjelang Google I/O 2019 yang bakal berlangsung pada bulan ini, mereka telah membenarkan pembangun untuk menghasilkan aplikasi pada platform Android ini.

Pertama sekali, platform Android Automotive adalah berbeza dengan Android Auto. Android Auto merupakan fungsi yang akan mencerminkan sejumlah aplikasi dan data daripada telefon anda kepada headunit di dalam kereta. Bermakna, ia memerlukan sebuah telefon Android bagi membolehkannya berfungsi.

Untuk platform Android Automotive pula, ia berdiri secara sendiri tanpa perlu bergantung kepada penggunaan telefon pintar. Platform ini akan dijalankan pada bahagian konsol kereta dan boleh diimplementasikan dengan sejumlah fungsi khas seperti kawalan penyaman udara.

Dengan pengumuman sokongan aplikasi ini, platform Android Automotive dijangka akan menerima lebih banyak aplikasi menarik untuk digunakan di dalam kereta. Pada saat ini, sejumlah aplikasi popular seperti Spotify, Google Maps, dan Google Play Books telah pun tersedia di dalam platform ini.

Jadi bagi anda yang ingin membangunkan aplikasi untuk Android Automotive, anda boleh mengikuti Android Automotive Discussion Group untuk memandapatkan maklumat pembangunan terkini. Anda juga boleh mengikuti bengkel pembinaan aplikasi platform ini melalui video bersempena dengan acara Google I/O 2019.

Komen