Vivo Malaysia Mengacah Kehadiran Vivo V15 Berwarna Merah Jambu

Vivo Malaysia Mengacah Kehadiran Vivo V15 Berwarna Merah Jambu

Diterbitkan pada Mei 3, 2019 oleh .

Vivo Malaysia telah sedia menawarkan telefon pintar Vivo V15 di Malaysia sejak beberapa minggu lepas. Menariknya, kini bagi anda yang mengemarkan peranti berwarna merah jambu, pihak Vivo Malaysia kini dalam perancangan untuk membawa masuk Vivo V15 berwarna merah jambu tidak lama lagi.

Pengenalan pilihan warna baru ini dilihat selari dengan pengenalan Vivo V11i “Fairy Pink” sebelum ini yang menerima maklumbalas positif daripada ramai pengguna.

Vivo V15 Merah Jambu

Vivo V15 hadir dengan kamera hadapan yang boleh dinaikkan 32-megapixel, selain turut dijana bateri 4000mAh, dan juga tri-kamera belakang.

Di Malaysia, Vivo V15 ditawarkan pada harga RM1399. Ia tidak diketahui lagi sama ada peranti pilihan warna merah jambu ini akan hadir dengan spesifikasi khusus atau harga yang berbeza. Sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut daripada pihak Vivo tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN