Tumblr Dilaporkan Sedang Mencari Pemilik Baru

Tumblr Dilaporkan Sedang Mencari Pemilik Baru

Diterbitkan pada Mei 3, 2019 oleh .

Tumblr merupakan salah satu laman perkongsian mikro-blog yang digunakan ramai pengguna suatu ketika dahulu. Pada 2013 yang lepas, pihak Yahoo! telah mengambil-alihnya dalam usaha menarik ramai pengguna muda ke platform Yahoo!.

Seterusnya, dengan pengambil-alihan Yahoo! oleh pihak Verizon sebelum ini, kini Tumblr beroperasi dibawah Verizon Media Group.

Dibawah Verizon, beberapa perubahan telah dilakukan, termasuk pada penghujung tahun lepas mereka menjadikan perkongsian kandungan di Tumblr lebih mesra semua peringkat usia.

Terkini, laporan baru hadir melalui WSJ, mengatakan Verizon Media Group sedang melihat untuk menjual Tumblr kepada pembeli baru – dalam usaha mengurangkan perbelanjaan yang dihadapi bahagian berkenaan.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi siapakah antara pihak berminat yang akan mengambil-alihnya, mahupun harga jualan yang ditetapkan oleh Verizon untuk Tumblr. Mungkin kita akan mendengar lanjut mengenainya dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN