Imej acah pertama Asus Zenfone 6 diperlihatkan pada acara MWC Februari yang lalu. Ia akan dilancarkan secara rasmi pada 16 Mei kelak dan hari ini sebuah lagi imej acah akhirnya dikongsi oleh pihak Asus. Sekali lagi slogan Defy Ordinary digunakan pada imej acah lengkap dengan rekaan panel hadapan.
Jelas kelihatan Zenfone 6 ialah peranti nirtakuk dengan bezel yang nipis selari dengan trend semasa. Beberapa maklumat lain yang diketahui ialah ia dilengkapi cip Snapdragon 855, sistem dwi-kamera dengan salah satunya beresolusi 48-MP dan memori sebesar 6GB RAM. Selepas penantian hampir tiga bulan, peranti ini akan akhirnya dilancarkan. Sama-sama nantikan kemunculannya kelak.
Embrace the extraordinary revolution. #ZenFone6 #DefyOrdinary
Learn more: https://t.co/y3fiATPH71 pic.twitter.com/PeLNUeL20N— ASUS (@ASUS) May 2, 2019