Microsoft Melancarkan Perkhidmatan Rantaian Blok Terurus Azure Blockchain Services – Bukan Untuk Kriptowang

Microsoft Melancarkan Perkhidmatan Rantaian Blok Terurus Azure Blockchain Services – Bukan Untuk Kriptowang

Diterbitkan pada Mei 3, 2019 oleh .

Microsoft nampaknya bersedia untuk memasuki arena perkhidmatan rantaian blok (Blockchain) melalui perkhidmatan perkomputeran awanan Azure mereka yang dinamakan Azure Blockchain Services untuk penciptaan dan pengurusan aplikasi yang menggunakan teknologi digital tersebut.

Perkhidmatan Azure Blockchain Services ini mengintegrasikan Azure Active Directory untuk menguruskan kemasukan data pengguna baru, menetapkan tahap akses, dan mengawal trafik rangkaian rantaian blok yang digunakan.

Menurut CTO Azure, Mark Russinovich, lejar sokongan (support ledger) pertama yang akan digunakan oleh perkhidmatan tersebut ialah Quorum oleh JP Morgan, kerana ia menggunakan protokol Ethereum, yang dikatakan mempunyai sokongan pembangun rantaian blok yang terbesar di dunia.

Diantara syarikat-syarikat yang kini dilihat menggunakan Azure Blockchain Services ini termasuklah Singapore Airlines untuk sistem mata ganjaran pelanggan mereka, Starbucks yang menggunakan sistem rantaian blok untuk menjejak penghantaran biji-biji kopi mereka, dan juga Xbox untuk mempercepatkan proses pembayaran royalti pembangun-pembangun permainan video.


TIPS & ULASAN