Cari @ Amanz

Pesawat konvensional menggunakan kelapak pada bahagian belakang sayap sebagai permukaan kawalan. Ini adalah rekaan yang digunakan sejak zaman awal penerbangan. Namun begitu penggunaan kelepak memerlukan sistem hidraulik yang kompleks dan menambah berat. Pihak BAE Systems telah berjaya menerbangkan dron nirkelapak pertama dunia pada 1 Mei lalu.

Dron MAGMA adalah hasil kerjasama BAE Systems dengan University of Manchester. Sistem kelapak digantikan dengan sistem aliran terowong udara pada bahagian belakang pesawat. Dua sistem berbeza telah diuji. Sistem Wing Circulation Control mengalirkan udara enjin jet ke dua lubang pada bahagian belakang sayap. Sistem Fluidic Thrust Vectoring pula diletakkan pada bahagian ekzos enjin. Tiada sistem mekanikal digunakan untuk mengubah haluan dron. Sungguhpun begitu pada dron ujian MAGMA, sistem kelepak masih disertakan sebagai sistem sandaran.

Sistem nirkelepak dibangunkan kerana ia mengurangkan komponen bergerak pada pesawat, meringankan pesawat dan akan menyukarkan pesawat untuk dikesan oleh radar.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd