Kandungan YouTube Originals Bakal Hadir Secara Percuma Dan Disokong Oleh Iklan

Kandungan YouTube Originals Bakal Hadir Secara Percuma Dan Disokong Oleh Iklan

Diterbitkan pada Mei 3, 2019 oleh .

Kandungan video YouTube Originals, iaitu video-video yang dirakam khas untuk perkhidmatan video berbayar YouTube Premium nampaknya bakal hadir untuk pengguna-pengguna YouTube percuma tidak lama lagi.

Menurut laporan Tech Crunch, pihak YouTube dikatakan sedang bergerak kearah model pendapatan melalui iklan, sama seperti semua video-video YouTube yang lain.

Robert Kyncl, Ketua Pegawai Bisnes (CBO) YouTube mengesahkan berita tersebut, dan mengatakan bahawa semua kandungan YouTube Originals akan datang akan hadir secara percuma.

Walaupun kandungan Originals tidak dijangka akan menjadi percuma sepenuhnya dalam masa terdekat ini, terdapat siri-siri seperti Cobra Kai yang akan menjadi percuma tidak lama lagi.

Buat masa ini, ia masih tidak menjadi satu kepastian jika langkah ini adalah kerana YouTube Premium tidak laku, kerana tidak lama lagi, ia dikatakan bahawa jumlah perkhidmatan penstriman berbayar akan meningkat secara mendadak tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN