Carian
Counterpoint: Apple Masih Mendominasi Pasaran Jam Tangan Pintar
May 3, 2019 Fahim Zahar

Terdapat banyak jam tangan pintar yang hadir ke pasaran. Antaranya adalah Samsung dengan Galaxy Watch Active, Mobvoi dengan TicWatch, Xiaomi dengan Amazfit dan banyak lagi. Tidak dinafikan untuk dunia Android, jam tangan Tizen OS dari Samsung adalah yang terbaik dan baru Wear OS. Akan tetapi yang kekal menjadi juara adalah Apple Watch dengan sistem operasi watchOS mereka.

Laporan terkini daripada Counterpoint Research telah menunjukkan peningkatan pemasaran jam tangan pintar tahun ke tahun. Peningkatan kali ini adalah sebanyak 48% untuk suku pertama tahun 2019. Ini adalah satu peningkatan yang agak baik. Untuk Apple sahaja, pemasaran tahun ke tahun Apple Watch adalah 49%. Ini adalah kerana kejayaan Apple Watch Series 4 mereka dengan sokongan ECG. Di mana ECG ini adalah punca pemasaran Apple Watch meningkat, walaupun jualam iPhone merudum.

Untuk Android, pemasaran jam tangan pintar Samsung telah meningkat sebanyak 127% tahun ke tahun. Ini pula disebabkan Galaxy Watch Active yang hadir dengan rekaan bulat, sokongan LTE, jangka hayat bateri lebih lama dan harga jualan yang mampu milik. Huawei pula adalah antara yang paling rendah, hanya peningkatan 3% sahaja. Ini mungkin kerana Huawei tidak lagi memfokuskan jam tangan pintar Wear OS, tetapi jam tangan pintar memfokuskan kecerdasan dengan sistem operasi tersendiri.

Counterpoint turut meramalakan, hanya sehingga tahun 2025 baru jam tangan pintar dengan skrin fleksibel akan menjadi trend. Buat masa ini, konsep seperti Nubia Alpha hanyalah pada peringkat awal sahaja dan bukannya efisien. Walaupun secara keseluruhannya banyak pengeluar jam tangan pintar untuk Android hadir ke pasaran dan walaupun pemasaran mereka lebih tinggi berbanding Apple – Apple masih mendominasi pasaran jam tangan pintar dengan kekal menjadi juara.

Komen