Berita mengenai Intel memasuki arena kad grafik bukanlah sesuatu yang baru. Syarikat tersebut dilihat mengambil ramai orang besar dari syarikat-syarikat pembuat cip grafik terkenal, dan nampaknya mereka sudah bersedia untuk menunjuk beberapa butiran mengenai kad grafik tersebut.
Intel, melalui blog mereka baru-baru ini telah mngumumkan kehadiran kad grafik “pertama” mereka yang menggunakan rekaan cip grafik Intel Xe. Buat masa ini, tidak banyak yang diperkatakan mengenai kad grafik ini, kecuali bahawa ia hadir dengan pelbagai teknologi seperti Intel Embree, Intel OSPRay, Intel OpenSWR, dan Intel Open Image Denoise yang digunakan didalam pusat data.
Penggunaan teknologi-teknologi ini juga bermakna bahawa kad grafik ini akan hadir dengan sokongan untuk Raytracing secara nyata, dengan konsep yang sama seperti seperti siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX.
Satu perbezaan yang ketara ialah kad grafik Intel Xe ini hanya akan diuji dan digunakan didalam pusat data, kebarangkalian kerana kad grafik ini hanya akan menunjukkan kebolehan penuh melalui tugasan pengolahan grafik industrial seperti filem animasi, dan bukan untuk permainan komputer buat masa ini.