Apple AirPods Masih Berfungsi Walaupun Selepas Ditelan Dan Melalui Proses Pencernaan

Apple AirPods Masih Berfungsi Walaupun Selepas Ditelan Dan Melalui Proses Pencernaan

Diterbitkan pada Mei 3, 2019 oleh .

Apple AirPods ialah antara fon telinga telinga paling popular di pasaran. Ia mempopularkan penggunaan aksesori nirwayar sejak iPhone tidak lagi disertakan dengan bicu audio tiga tahun yang lalu. Di Taiwan berlaku kejadian aneh di mana sebuah AirPods masih lagi berfungsi selepas ia tertelan secara tidak sengaja dan melalui proses pencernaan di dalam tubuh.

Ben Hsu, seorang pemilik AirPods dari Taiwan menyedari kehilangan salah satu fon telinga beliau. Selepas menggunakan sistem mencari AirPods yang hilang, beliau menyedari bunyi datang dari dalam tubuh. Apabila ke hospital, imbasan X-Ray mengesahkan AirPods tersebut telah ditelan dan beliau sendiri tidak mengetahui bagaimana ini berlaku, Doktor memberikan beliau julap bagi membolehkan fon telinga ini melalui sistem pencernaan tubuh.

Selepas sehari, AirPods telah berjaya dikeluarkan dari tubuh bersama najis. Mengejutkan sekali ia masih lagi boleh berfungsi dengan baik lengkap dengan 41% caj pada bateri. Menurut doktor, tubuh plastik licin AirPods bukan sahaja melindunginya dari asid perut tetapi mengelakkan ia dari mencederakan usus Ben Hsu. Jadi sekiranya anda tertelan AirPods, anda tidak perlu risau kerana ia masih boleh digunakan selepas ditinjakan.



TIPS & ULASAN