Microsoft Memperkenalkan Peranti HoloLens 2 Untuk Pembangun Realiti Terimbuh

Microsoft Memperkenalkan Peranti HoloLens 2 Untuk Pembangun Realiti Terimbuh

Diterbitkan pada Mei 3, 2019 oleh .

Microsoft telah memperkenalkan peranti realiti terimbuh (augmented reality) terbaru mereka, Microsoft HoloLens 2  di acara Mobile World Congress pada bulan Februari tahun ini. Ia hadir dengan beberapa kemaskini dari segi spesifikasi dalaman, termasuklah penggunaan cip Qualcomm Snapdragon 850 dan juga paparan dalaman dengan resolusi 2K.

Dari segi spesifikasi, nampaknya peranti HoloLens 2 untuk pembangun ini tidak mempunyai sebarang perbezaan, akan tetapi setiap unit versi ini akan hadir dengan beberapa perisian versi percubaan, seperti Unity Pro dan Unity PiXYZ Plugin untuk CAD. Selain dari itu, sokongan Unreal Engine 4 untuk HoloLens 2 juga akan tiba menjelang bulan Mei kelak.

Walaupun begitu, pihak Microsoft masih belum mengesahkan lagi bilakah peranti Microsoft HoloLens 2 ini akan tiba di pasaran secara terbuka. Buat masa ini, nampaknya tanda harga kedua-dua model pengguna dan pembangun ditetapkan pada harga yang sama, iaitu $3500 (RM12450).


TIPS & ULASAN