Carian
Honor 20 Pro Dengan Rekaan Skrin Berlubang Diperlihatkan
May 3, 2019 Aman

Honor bakal melancarkan siri Honor 20 secara rasminya pada bulan ini, dan terkini, Honor berkongsi gambar awal untuk peranti berkenaan, memperlihatkan rekaan skrin yang bakal dibawakan olehnya.

Honor 20 Pro dijangka menyertakan spesifikasi yang tinggi bersama-sama dengannya, dan melalui gambar yang dikongsikan ini, ia memperlihatkan penggunaan skrin berlubang padanya.

HONOR 20 Pro

Honor turut menyertakan aplikasi pemasangan Fortnite pada gambar yang dikongsikan ini, sekaligus memperlihatkan ia akan menawarkan sokongan memainkan permua berkenaan dengan lancar pada telefon pintar Honor 20 Pro.

Mengikut gambar tertiris sebelum ini juga, ia memperlihatkan akan menyertakan tri-kamera pada bahagian belakang – lebih kurang sama seperti pada Huawei P30 Pro sebelum ini.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 21 Mei ini untuk melihat kejutan yang disediakan oleh pihak Honor melalui siri Honor 20.

Komen