Carian
Kerajaan Negeri Pulau Pinang Akan Memperkenalkan Sistem Parkir Pintar Penang Smart Parking Pada Bulan Ogos Kelak
May 3, 2019 Nazrin

Jika kerajaan Selangor sebelum ini hadir dengan aplikasi Selangor Smart Parking yang membolehkan pengguna membayar yuran tempat letak kenderaan melalui aplikasi mudah alih, kerajaan Pulau Pinang nampaknya bakal hadir dengan sebuah sistem parkir pintar yang lebih canggih daripada itu.

Dinamakan Penang Smart Parking, Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Bandar dan Pembangunan Luar Bandar Pulau Pinang dikatakan akan memulakan ujian rintis sistem ini pada bulan Ogos 2019, dan ia akan mengimplimentasikan beberapa teknologi baru yang agak menarik.

Bermula dengan tempat letak kereta di sekitar kawasan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), ujian rintis ini akan memperlihatkan 647 lot parkir MBPP dan 350 lot parkir dibawah MPSP dilengkapi dengan sensor peranti berhubung (IoT)

Sensor-sensor tersebut akan disambungkan ke aplikasi Penang Smart Parking yang akan membolehkan pengguna untuk membayar yuran parkir dengan cepat dan mudah.

Pihak kerajaan Pulau Pinang mengatakan bahawa mereka telah memilih syarikat yang mempunyai pengalaman 20 tahun didalam industri ini untuk mencipta sistem parkir pintar ini. Dalam pada itu, yuran pembayaran parkir sejam pada kawasan-kawasan ini masih ditetapkan pada 80 sen sejam di kawasan Pulau dan 40 sen di kawasan Seberang Perai.

Komen